Hati mesti redha

Alhamdulillah lama betul nak menunggu keputusan upu keluar. Akhirnya keluar jugak hari ini. Pukul 12 tengah hari nanti konfem server overload. Jadi untuk mengurangkan risiko tekanan darah dan degupan jantung meningkat secara tiba-tiba dek kerana tak boleh nak semak, eloklah check keputusannya tengah malam. Kurang sikit orang, hati pun tak sakit, emosi tak terganggu.

Daripada mood yang baik bersalut debaran untuk melihat keputusan, bertukar pula kepada muka garang dengan emosi yang tak keruan. takot skrin laptop pulak yang jadi sasaran kata-kata pujangga kang.hehe..
  Apa pun sabar dan kekalkan senyuman bila tak boleh login. sebab tak lari ke mana pun website tue.

    Semoga Allah perkenankan doa ak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan September nanti.                   
    Its either UMS or UNIMAS, Allah saja yang tahu. Tapi jangan terkejut kalau tiba-tiba ak announce ak   dapat course nursing kat UITM sebab tue last choice   ak dalam upu.haha..Apa-apa pun ak nak satu placement untuk ak sambung belajar nanti, tak kiralah di mana pun.

   Semoga kita semua peroleh satu lagi kejayaan Jumaat nie. Ak doakan untuk semua. Jangan risau:)










Post a Comment