Apa itu selaput dara??

Pengenalan:
Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang
istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat
terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding
fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah
informasi di bawah ini.

APA ITU SELAPUT
DARA??


Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai
hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi
pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan.
Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan
bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara
yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai
pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut.
Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang
berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI
SELAPUT DARA?


TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara
pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir
tanpa selaput dara.

APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN
SELAPUT DARA PECAH?


Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput
dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila
berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina,
gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang
mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di
antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput
dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti
berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya
meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga
perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput
daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu
elastik.

APAKAH
SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?


Salah satu faktor penyebab
kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan
seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual.
Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan
pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda
keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang
wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam
pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis
itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak
mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini
bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan
beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

APAKAH SELAPUT DARA WAJIB
MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?


Tentu sahaja TIDAK. Ini
kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga
bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak
mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali
pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak
mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput
dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat
mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama.
Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki
sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang
keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah
menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka
mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno
dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana
di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan
kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak
suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput
dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah
dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan
tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.






Post a Comment