Aksi-aksi menarik kamu,kamu dan kamu bila menerima sms dari seseorang

Macam2 aksi boleh dilihat bila seseorang dapat sms. Jom kita imbas 3 aksi yang aku akan kongsikan nie. Adakah anda adalah salah sesorang dalam aksi2 tersebut..Chekidaud!

Kes pertama#

Bepp!bepp!bepp! Si penerima sms membaca sms lalu tersenyum tersipu malu seorang diri bagai mahu dipinang jejaka idaman. Itu maknanya si penerima mendapat sms daripada orang special. Fenomena ini sering berlaku pada tiap orang termasuk Siti nuratikah aka tinen.
Contohnya, aku dapat sms dari boyfriend berbunyi begini "awak lah perempuan paling cantik saya pernah jumpa" (tipulah kalau aku lagi cantik dari Hanis Zalikha kan), "awaklah bidadari dalam hidupku", "aku rindukan mu seperti banyaknya ikan di lautan" (itu je yang dia mampu rindu aku, dah la ikan makin banyak pupus sekarang=.=). sememangnya si penerima akan tersenyum seorang diri. Sah kau gila.


Kes kedua#

Bepp!bepp!bepp! Si penerima sms membaca sms lalu mencarut mengeluarkan kata2 kesat dan marah bagai dirasuk jin. Apeke he nye nie??ohh!mungkin si penerima sudah difitnah atau dihina atau mungkin seseorang telah menyakiti hati dan perasaan beliau. Tips yang terbaik untuk menangani masalah ini ialah dengan SENYUM TAK PERLU KATA APA2 :DD


Kes ketiga#

Bepp3!! Si penerima sms menerima sms lalu ketawa, mengilai seperti pontianak harum sundal malam tak henti2.(tipulah tu kan). Macam mana nak describe keadaaan nie yaww?? Itu maknanya si penerima sms itu kurang siuman, DUSHH!!terkena diri sendiri. Kan lagi sopan kalau beliau ketawa sambil tutup mulut dan berkata dengan nada yang mengada "I dapat sms kelakar gilerrr yaww!! Sebab tu I gelak macam pondan".






Aesya N.  – (4 August 2011 at 00:12)  

hahaha..nen kongsi pengalamn sendiri ek??hehe

tinen  – (4 August 2011 at 00:21)  

lebih kurang la...tapi semua orang penah lalui menda nie kan.huhu...

Post a Comment